SELAMAT DATANG :)


Selamat Datang.. n_n

Selamat Datang ke Blog My Sparkles Crystal n_n ... Jom jamu mata.. Urusan pos hanya dilakukan pada hari Khamis sahaja dengan menggunakan perkhidmatan POS LAJU.. Segala pertanyaan sila hubungi 012-5123150 (Cik Linda)

Jumaat, 24 Jun 2011

Sedikit Info Tentang Mutiara


Pada zaman dahulu sebelum manusia menerokai alam semula jadi, laut dipenuhi dengan pelbagai hidupan dan permata yang amat bernilai iaitu mutiara. Mutiara telah mula digunakan sebagai barang perhiasan dan juga dalam ilmu perubatan pada awal zaman Greek, Asia dan kepulauan Pasifik. Selama kira- kira 5000 tahun kita telah menikmati kemewahan daripada permata ini tetapi sejak satu abad yang lampau, mutiara telah dihasilkan melalui cara ternakan. Beberapa buah negara telah dikenali sebagai salah sebuah negara yang pakar dalam bidang ini.


Apakah itu mutiara?
Mutiara adalah objek bulat, keras yang dihasilkan oleh sesetengah haiwan, terutamanya moluska seperti tiram. Mutiara digunakan sebagai perhiasan dan juga dihancurkan dalam penghasilan cat atau barangan kosmetik. Mutiara dihargai sebagai batu perhiasan dan dituai atau diternak sebagai barang kemas.


Mutiara dihasilkan dalam cengkerang sesetengah moluska dwicengkerang. Sebagai tidak balas kepada bahan asing dalam cengkerangnya, moluska tersebut akan menyalut lapisan kalsium karbonat dalam bentuk galian aragonite atau kaisite (keduanya membentuk kristal dalam bentuk kalsium karbonat) yang digam oleh sebatian seperti tanduk organik yang dikenal sebagai conchioin. Sebatian kalsium karbonat dan canchiolin dikenali sebagai nakre, atau sebagaimana yang lebih diketahui, ibu mutiara (mother of pearl). Kepercayan umum bahawa sebutir pasir bertindak sebagai pencetus sebenarnya jarang berlaku. Ransangan yang  biasa belaku termasuklah bahan organik, parasit atau kerosakan yang menggantikan tisu kerang ke bahagian lain haiwan tersebut. Serpihan kecil atau organisma ini masik ke dalam cengkerang ketika kulit tiram terbuka semasa makan atau repirasi. Dalam tiram yang diternak, pencetus biasanya ialah potongan serpihan kulit, bersama dangan manik cengkerang diproses, gabungan yang mana diterima oleh tiram dalam kulitnya.


Mutiara digunakan oleh kaum wanita sebagai perhiasan diri. Ia melengkapi aksesori seperti cincin, rantai, mahkota serta gelang.


Sumber: Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Cara Mengenal Mutiara Yang Baik
Kriteria yang penting dalam menilai mutiara ialah kehalusan pada permukaannya. Kecacatan mutiara sukar ditentukan, tetapi hanya boleh ditentukan melalui tanda atau bintik atau lekuk yang kelihatan Untuk mengenal kecatatan mutiara, permukaannya bolehlah diusap dengan hujung jari. Sekiranya terdapat dua atau lebih bintik, mutiara tersebut adalah tidak berkilau, menarik dan ditambah dengan kilauan adalah baik untuk dibuat cincin. Mutiara yang berat sudah tentu mempunyai lapisan 'nacre' dan dapat bertahan lama, manakala lapisan yang nipis/halus hendaklah dielakkan. Mutiara yang mempunyai kecacatan yang sedikit boleh digunakan untuk rantai leher tetapi ianya tidak sesuai untuk cincin. Harga mutiara adalah ditentukan oleh saiz- berbanding dangan kualiti. Contohnya harga 'loose pearls' bertambah bagi setiap milimeter garispusat. Dengan lain perkataan, harga mutiara bersaiz 7mm amat berbeza dengan 8mm.


Warna Mutiara
Warna mutiara yang biasa terdapat di pasaran ialah merah jambu, merah jambu susu, putih kuning, keperakan, keemasan hijau, hitam, biru dan coklat. Pakar- pakar mutiara amnya menasihatkan agar pemilihan warna ini disesuaian/dipadankan dengan warna kulit si pemakai.


Penjagaan Mutiara
Tanda- tanda kecil yang mencacatkan mutiara boleh dihilangkan dengan minyak zaitun. Perhatian!! elakkan daripada memakai mutiara anda semasa mandi, di dapur atau mencuci. Warna mutiara boleh berubah kerana mutiara terbentuk daripada kalsium karbonat.


Dipetik daripada Mutiara Kultur- Khazanah Berharga Dari Perairan Malaysia, Bahagian Pengembangan & Latihan, Jabatan Perikanan Sabah, Julai.